Sunday, November 22, 2009

Mana hilang dietku???

Lamanya tak menjengah blog sendiri. There were priorities that need my attention first (kerjalah..apa lagi..) sampai aku lupa kat blog aku. Tu satu hal..satu hal lagi...uhuks..bila malas bermaharajalela...inilah hasilnya. Blog aku jd kejung!

Dulu, aku cakap SAY NO TO RICE kan? Camner hasilnya? Hahaha...kalau nasik itu dah jadi makanan ruji, tak makan nasik utk seminggu..mungkin boleh, lebih dari itu? BIG NO NO ...akhirnya jadilah aku pemakan nasi yang setia, sama macam insan2 lain yg normal..haha. Lagi pun makan tu sedap kan..

Tak pe..aku kena tukar sikit jadual aku. Aku nak makan buah dengan sayur-sayur jer lepas ni. No more Maggie...no mamee (uwaaa) and no kentaki (ni lg aku frust...aku suker giler). Ada masa 2 bulan lagi.

Err...err...sempat ke tak reduce 10 kg?? Korang rasa sempat? Tak sempat? Iye...iye...aku tau ..getir tu mmg confirm dah ...tapi bukankah kecantikan itu melalui penderitaan? Nak cantik dan kurus, kenalah menderita sikit kan? Kalau tak percaya, tanyalah artis2 dan mak-mak datin kita yang muka dorang pun dah jadi kejung sebab dok cucuk botox. Erk..correction, bukan mak artis & mak datin jer tau...pak datuk pun suntik. Haha ..

Jadi, apalah sangat dengan menahan diri daripada makan yang sedap2 kan. Tak adalah derita sangat berbanding menadah muka dengan jarum botox. Haha...

MALAYSIA BOLEH.. aku pun boleh..

Jadi tunggu sajalah...

No comments:

Post a Comment